Parutkan sebatang lobak merah dan dicampurkan bersama satu sudu tepung jagung serta sebiji kuning telur. Kacau bancuhan untuk disapu ke kulit sehari sekali.
Gunakan tepung ubi kayu dan timun yang sudah dihancurkan lalu campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka hingga kering sebelum dicuci atau rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit bermasalah. Tunggu hingga kering sebelum dicuci.
Ambil sebiji tomato masak, lenyek hingga halus. Kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan kering selama 20 minit dan bilas. Amalkan seminggu dua atau tiga kali seminggu.
Ramas daun pinang dan campurkan sedikit garam kasar serta air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas. Lakukan dua minggu sekali.
Ambil santan perahan pertama daripada sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan air perahan limau nipis ke dalamnya. Sapukan sekali sehari. Selepas satu jam, cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
Perahkan air limau purut dan lumurkan sehingga rata. Bagi mendapatkan hasil yang berkesan, rambut yang dilumur dengan perahan tadi dibalut dengan tuala hingga beberapa jam dan basuh dengan air suam.
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Uban yang jelas kelihatan bakal berkurangan.
Ambil daun bunga raya dan bersihkannya lalu diramas sehingga keluar lendir. ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung bersama dengan sebiji telur ayam kampung bersama satu sudu madu lebah. Gaul dan sapukan pada rambut. Perap guna tuala selama 10 minit dan cuci. Amalkan dua kali seminggu.
Ambil segenggam kangkung. Masukkan ke dalam bekas enam camca air suam dan ramas kangkung sehingga mengeluarkan lendir. Lendir disapukan pada rambut dan biar seketika. Bilas. Lakukan selama dua minggu.
Pamper your hair by gentle circling movements. Whether shampoo, colour conditioner or treatment: Rinse your hair with plenty of water and make sure its not to hot. More is less, so use shampoo moderately. And your daily hair wash rule is - Only lather once!