Thursday, June 30, 2011

Atasi Masalah Suara Serak

Campurkan asam jawa dengan air sejuk sebelum direndam mahupun diramas. Masukkan ke dalam peti sejuk. Minum dua kali sehari.
Sumber Berita Harian

Gusi Bengkak

Hancurkan umbut nenas. Campurkan sedikit garam halus lalu disapukan pada gusi yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.

Sumber Berita Harian

Memutih dan Mengilatkan Gigi

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga menjadi abu. Gosokkan dengan abu daun kelapa itu. Lakukan setiap kali membersihkan gigi.

Sumber Berita Harian

Mengelak Mulut Berbau

Ambil tujuh helai daun sirih. Hiris halus, kemudian diramas dengan air suam. Campurkan garam, berkumur setiap hari dengan air itu.

Sumber Berita Harian

Wednesday, June 29, 2011

Menghilangkan Lebam Bibir

Ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air. Sapu ke bibir anda setiap malam sebelum tidur dan biarkan ia kering sendiri.

Sumber Berita Harian

Bibir Merah Semulajadi

Sapukan madu lebah ke bibir dan dibiarkan semalaman sebelum waktu tidur.

Sumber Berita Harian

Tuesday, June 28, 2011

Merawat Bibir Merekah

Atasi masalah bibir merekah dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur. amalkan sekali dalam sehari.

Sumber Berita Harian

Bulu Mata Lentik

Gunakan daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata dan amalkan hingga bulu mata lentik.

Sumber Berita Harian

Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang sudah digunakan. Lekapkan pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak tidur.

Sumber Berita Harian

Menyegarkan Mata

Ambil timun yang sudah dihiris membulat dan lekapkan pada kelopak mata. Biarkan beberapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya.

Sumber Berita Harian

Menghaluskan Kulit Wajah

Didihkan susu segar atau susu tepung bercampur air. Biarkan sejuk sebelum disapukan pada muka. Biarkan kering dan basuh.

Sumber Berita Harian

Hilangkan Panau

Tumbuk sepotong halia atau belerang hingga lumat dan sapukan pada muka. Lakukan setiap hari sebelum tidur.

Sumber Berita Harian

Menghilangkan Jerawat

Campurkan bedak sejuk dan asam jawa. Sapukan pada jerawat. Ia akan hilang beransur-ansur.

Sumber Berita Harian

Friday, June 24, 2011

Kulit Cerah dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Kesannya kulit akan cerah, licin dan harum.

Sumber Berita Harian

Merawat Kulit Berkedut

Parutkan sebatang lobak merah dan dicampurkan bersama satu sudu tepung jagung serta sebiji kuning telur. Kacau bancuhan untuk disapu ke kulit sehari sekali.

Sumber Berita Harian

Wednesday, June 22, 2011

Menegangkan Kulit Muka

Gunakan tepung ubi kayu dan timun yang sudah dihancurkan lalu campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka hingga kering sebelum dicuci atau rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit bermasalah. Tunggu hingga kering sebelum dicuci.

Sumber Berita Harian

Tuesday, June 21, 2011

Menghaluskan Kulit Wajah

Didihkan susu segar atau susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk sebelum disapukan pada muka. Biarkan kering dan basuh.

Sumber Berita Harian

Kulit Muka Segar Kemerahan

Ambil sebiji tomato masak, lenyek hingga halus. Kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan kering selama 20 minit dan bilas. Amalkan seminggu dua atau tiga kali seminggu.

Sumber Berita Harian

Monday, June 20, 2011

Rambut Berbuah

Ramas daun pinang dan campurkan sedikit garam kasar serta air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas. Lakukan dua minggu sekali.

Sumber Berita Harian

Meluruskan Rambut

Ambil santan perahan pertama daripada sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan air perahan limau nipis ke dalamnya. Sapukan sekali sehari. Selepas satu jam, cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Sumber Berita Harian

Friday, June 17, 2011

Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut dan lumurkan sehingga rata. Bagi mendapatkan hasil yang berkesan, rambut yang dilumur dengan perahan tadi dibalut dengan tuala hingga beberapa jam dan basuh dengan air suam.

Sumber Berita Harian 

Friday, June 10, 2011

Rambut Beruban

Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Uban yang jelas kelihatan bakal berkurangan.

Sumber Berita Harian

Thursday, June 09, 2011

Mengelak Rambut Gugur

Ambil daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan dua kali seminggu.


Sumber Berita Harian

Wednesday, June 08, 2011

Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya dan bersihkannya lalu diramas sehingga keluar lendir. ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung bersama dengan sebiji telur ayam kampung bersama satu sudu madu lebah. Gaul dan sapukan pada rambut. Perap guna tuala selama 10 minit dan cuci. Amalkan dua kali seminggu.

Sumber Berita Harian

Monday, June 06, 2011

Melembutkan Rambut

Ambil segenggam kangkung. Masukkan ke dalam bekas enam camca air suam dan ramas kangkung sehingga mengeluarkan lendir. Lendir disapukan pada rambut dan biar seketika. Bilas. Lakukan selama dua minggu.

Sumber Berita Harian.

Wednesday, June 01, 2011

Hair Tips



Hair care starts with washing
Pamper your hair by gentle circling movements. Whether shampoo, colour conditioner or treatment: Rinse your hair with plenty of water and make sure its not to hot. More is less, so use shampoo moderately. And your daily hair wash rule is - Only lather once!

http://www.ukhairdressers.com/hair_tips/hair_tips.asp