Showing posts with label Petua Amalan Penjagaan Rambut. Show all posts
Showing posts with label Petua Amalan Penjagaan Rambut. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Rambut Berbuah

Ramas daun pinang dan campurkan sedikit garam kasar serta air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas. Lakukan dua minggu sekali.

Sumber Berita Harian

Meluruskan Rambut

Ambil santan perahan pertama daripada sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan air perahan limau nipis ke dalamnya. Sapukan sekali sehari. Selepas satu jam, cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Sumber Berita Harian

Friday, June 17, 2011

Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut dan lumurkan sehingga rata. Bagi mendapatkan hasil yang berkesan, rambut yang dilumur dengan perahan tadi dibalut dengan tuala hingga beberapa jam dan basuh dengan air suam.

Sumber Berita Harian 

Friday, June 10, 2011

Rambut Beruban

Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Uban yang jelas kelihatan bakal berkurangan.

Sumber Berita Harian

Thursday, June 09, 2011

Mengelak Rambut Gugur

Ambil daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan dua kali seminggu.


Sumber Berita Harian

Wednesday, June 08, 2011

Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya dan bersihkannya lalu diramas sehingga keluar lendir. ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung bersama dengan sebiji telur ayam kampung bersama satu sudu madu lebah. Gaul dan sapukan pada rambut. Perap guna tuala selama 10 minit dan cuci. Amalkan dua kali seminggu.

Sumber Berita Harian

Monday, June 06, 2011

Melembutkan Rambut

Ambil segenggam kangkung. Masukkan ke dalam bekas enam camca air suam dan ramas kangkung sehingga mengeluarkan lendir. Lendir disapukan pada rambut dan biar seketika. Bilas. Lakukan selama dua minggu.

Sumber Berita Harian.